Followers

Friday, July 29, 2011

"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"



Hai semua..kena tag la plak ngan PICA ni..nak tau dengan lebih lanjut [klik sini] atau [klik sini]..ape lg..jom join ramai2..syarat2 nye pon xsusah..banyak hadiah2 menarik menanti anda.. (^_^) rmai sponsor tau untuk giveaway ni..

senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 
pemilihan akan dibuat menggunakan random.org..so,adil la kan.. cepat-cepat buat entry ye..

Tuesday, July 26, 2011

Xleh follow lebih drpd 300 blog??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Hai semua..pernah xkorang alami benda ni??nak follow tiba2 xboleh..klu nak follow jugak die suruh unfollow dulu mne2 blog..ish..xkan la nak buat mcm 2 kan..pas2,orang duk follow kte ni,xkan la kte xfollow blik..nnt diorg kate ape plak..so,aku dah tau jawapan untuk perkara ni..(untuk yg slalu follow gne button follow n add kt dashboard 2 la,klu mmg dah follow cara ni mgkin xde mslh)

klik untuk besarkan.. :)


Korang pergi kat join this site follower..sign in email korang..n then,follow..xsusah kan..lepas ni,xde alasan kenapa korang xfollow blog aku..hehe..rsenya follow cara ni lagi senang..ok..selamat mencuba..



*doakan aku untuk midterm Bahasa Arab 4 n Usul Fiqh 2 minggu ni..takut..(^_^) spe2 yang dah follow aku n aku xfollow blik..bgtau yerk..tingglkan link anda di sini..ade follower yg aku xleh kesan jejak nye..asif ghiddan..

Saturday, July 23, 2011

Doodle Pertama Aku!! huhu

     بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله  وبركاته

       Seronok betul..(aku tau mst korang nak kata mcm lukisan budak sekolah rendah kan sbb aku pon rase mcm 2)..haha..xpe2..aku terima kritikan korang..lagipon,doodle pertama aku..aku terima seadanya..aku sebenarnya lukis untuk buat header..heee..xnak la letak yang ni..nak lukis yang lain..penat jugak la nak buat ni..sabar je la..














aku lukis sendiri  gne paint..gune photoscape n adobe photoshop pon leh gak..tp aku xreti lg..bru nk try2 je..

*memang xcantik ke?komen la sikit..huhu

Monday, July 18, 2011

Menangislah...

Assalamualaikum...


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.



Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

artikel dari jangan bersedih.com

Tuesday, July 12, 2011

huh!! lega..

selesailah presentation yg dah seminggu membebankan hidup aku..haha..nak cakap 2 sikit je..nak memahamkannye 2 yg susah..patut la aku pening semacam sampai nak pecah kepala..aku pergi terang sampai tahap pelajar ijazah lah..


adoi..manela aku tau..ustaz pon diam je xcakap ape2..dah abis bentang 2,bru lah die cakap..tajuk yang group aku dapat ialah isim syarat..isim yang menggabungkan 2 ayat..lega sangat2..esok plak ade tahriri untuk surah al-hadid..n tasmiq surah al-mujadilah..minggu dpn sibuk dengan midterm..bile la leh tido dengan lenanya..


hurm..esok kls 7.00 pagi di masjid..siap sedia untuk menguap di pagi hari..haha..doakan aku semua..semoga hari esok lebih baik dari hari ini..


Wednesday, July 6, 2011

E.N.J.O.Y (^_^)


FFuh..penat berblogwalking 2 3 hari ni..nak dibandingkan blog2 yg aku dah lawati dgn blog aku mmg blog aku kalah la..haha..xpe..balik ke niat asal aku buat blog ni..so,orang nak kata buruk ke apa ke..i don't care..ok..lagipon aku xde masa nak update selalu..banyak kerja lain aku nak buat..nasib la aku cuti midsem seminggu ni..2 yang aku bukak 2..klu x,jarang sekali la..minggu depan dah sibuk dgn midterm plak..xbce pape lg ni..target sem ni bukan main lagi..pointer nak bagus je tp perangai xmcm nk dpt pon..adoi..kena la berubah, baru ada kemajuan kan..


Selasa dpn ada pembentangan subjek arab..ish..xready pape lg ni..nasib aku la dpt tajuk susah..grrrrr..nk jumpa ustaz time konsultasi minggu lps, leh plak kt pintu die tulis 'do not disturb'..aik..pelik..time konsultasi leh ke mcm 2??sekarang dah xsempat jumpa ustaz..(2 la ske sgt buat keje last minit)..terpaksa la aku cari alternatif lain untuk memahamkan tajuk 2..orang 1st yang akan jadi mangsa aku mstlah kakak bilik aku..yang sedang mengambil kos Sarjana Muda Syariah dan Perundangan Islam semester 4..hehe..harap2 dia ada masa la untuk aku  :'( ..klu x,aku g serang kakak blik lama aku la..yang memang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua..2 yang minggu ni lepak je..hehe..minggu depan akan jadi minggu yang sibuk..so,minggu ni kite enjoy.. =P

Saturday, July 2, 2011

I am on diet!! ; (


arghhh..tension je..time2 ni la nk blanja pon..sabar je la..walaupon BMI normal tp still rasa gemuk..last2..xjadi nk diet..dah orang blanje..haha..susah btul aku ni..xpe2..diet xsmstinye xmkn langsung..mkn,mkn jgk..cume kne kurangkan kuantiti makanan tersebut terutamanya klu mkn nasi la..antara tips2 yang kadang2 aku buat ialah..heee..



hehe..bile ngah diet baru la nk pentingkan piramid makanan ni..klu x,men bedal je makan..pastu mst pilih sedap bukannya berkhasiat..makanan2 yang bergoreng jgk la yang dipandangnya..adoi..(sedapnye kentang goreng + ayam goreng kfc..hahaha..)

senaman pon penting..petang2 klu nmpk kt KUIS, bwh blok pompuan 2 bukan aku la..hehe..xsempat la nk jogging..agak penat ngn kelas dan hal2 lain..awal sem ari 2 je sempat jogging dan lawan bola jaring ngan kwn2..insya Allah ade masa lagi ada la aku kat bawah tu..


elakkan berfikir tentang makanan..cuba buat perkara yang kite minat..mst susah nk lapar..contoh nye..men game cityville...hehe..bace komik dragon ball..tgk movie..(aku ni klu bg contoh xpernh nye elok..haha..sebenarnye kn bgus klu bnykkan berzikir, baca al-Quran..jiwa jadi tenang,hati pon tenteram =)..)



elakkn perkara2 di atas yerk..


barulah xjadi macam ni.. =p


fokus..fokus..fokus..insya Allah..(tp skip seminggu sbb cuti mid sem leh x..susah la nk tolak masakan mak ..hehe)last2..xdiet lg la aku.. =p