Followers

Thursday, August 22, 2013

Chocolate Chip Cookies

 بسم الله الرحمن الرحيم   
   السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
   
     Tepung Chocolate Chip Cookies 615g
Cara penyediaan:
1. Pukul 125g butter dan 1 biji telur sekadar sebati.
2. Masukkan tepung biskut dan gaul sebati.
3. Ambil sudu dan sudukan ke atas dulang biskut.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 c selama 15 minit atau sehingga masak mengikut saiz biskut.
 
 
  Untuk tempahan pm sarah di facebook SARAH SUHAIMI atau page SUFI SHOPPE AND BAKE atau emailkan ke ssas_008@yahoo.com (^_^) 
 

Sunday, August 18, 2013

Resepi Chocolate Chip Muffin

 بسم الله الرحمن الرحيم   
   السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
 
Salam semua.. ok resepi untuk hari ini ialah chocolate chip muffin.. Berat tepung 550g.. Harga RM 9 (tak termasuk pos)..



Muffin:
1 Pek Tepung Chocolate Chip Muffin 
1 Cawan Minyak
1 Cawan Susu Segar
3 Biji Telur

Cara Penyediaan:
1. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan minyak dan susu segar.
2. Masukkan kesemua tepung muffin dan kacau dengan sudip sahaja sehingga sebati.
 (Jangan kacau terlalu lama kerana muffin akan menjadi padat, sekadar 15 saat sahaja).
3. Sudukan adunan ke dalam acuan kertas muffin sehingga 2/3 acuan dan bakar pada suhu 180c selama 30 minit.
4. Sebelum bakar, anda boleh hiaskan dengan chocolate rice, badam cincang, chocolate chip dan sebagainya.


 Berminat pm sarah di facebook SARAH SUHAIMI atau page SUFI SHOPPE AND BAKE atau emailkan ke ssas_008@yahoo.com (^_^)
 

Thursday, August 15, 2013

Cara Buat Kek Coklat Extra Moist

 بسم الله الرحمن الرحيم   
   السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
  
Hari ni Sarah nak cerita cara penyediaan Tepung Segera Kek  Coklat Extra Moist yang sarah jual.. Senang je nak buat.. yang tak pernah buat pon boleh buat.. kalau dah malas sangat, campurkan je semua bahan-bahan yang diperlukan dan gaul..  Pastu masukkan dalam acuan.. haha.. jadi jugak tau.. sedap plak tu bila makan panas2..
 
 Tepung ni RM 8 je (tak termasuk pos).. Kalau beli yang dah siap dah di kedai dalam RM 25-RM30.. xtau la bila kedai tu buat.. mungkin dah masuk ubat tahan.. xtau la kan.. 
 
 
  Bahan2 yang diperlukan :

 1 pek tepung kek coklat extra moist
2 biji telur
susu cair
susu pekat
minyak
 
 Cara penyediaan kek ini ialah pukul telur sehingga kembang.. Masukkan susu cair susu pekat dan minyak. Pukul sebati. Masukkan tepung kek coklat extra moist sedikit demi sedikit sehingga habis. Boleh dibakar dalam ketuhar selama 45 minit pada suhu 170 c. Boleh juga dikukus selama 40 minit atau sehingga masak.. 
 
FREE TOPPING DAN CHOCOLATE RICE..
 
 
 Berminat pm sarah di facebook SARAH SUHAIMI atau page SUFI SHOPPE AND BAKE atau emailkan ke ssas_008@yahoo.com (^_^)
 

Salam Aidilfitri


 بسم الله الرحمن الرحيم   
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.. Maaf Zahir dan Batin.. kalau ada salah silap selama ni samaada sengaja atau tidak, harap dimaafkan.. Tak sempat nak update pasal raya lagi di blog .. Hari ni baru ada masa dan rajin sikit nak update.. So, macam mana raya?? Banyak ke dapat duit raya.. Sarah xdapat banyak pon.. dah keje kan.. Tapi still dapat dari kakak dan abang..huhu..tq2.. 


Sarah sekarang masih bercuti di Taiping.. Sabtu baru balik Bangi.. Isnin dah kerja.. :)
Tapi kalau ada yang nak beli baju atau bahan-bahan bakeri secara online boleh la contact sarah.. Barang ada.. Insya-Allah kita akan pos secepat mungkin lepas korang bayar..

Rajin2 la singgah page SUFI SHOPPE AND BAKE tau.. Selamat Hari Raya :)